Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Indarwaty Binti Tumadi
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Indarwaty Binti Tumadi merupakan  seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.

Beliau berminat untuk mempelajari komputer dan internet dan mempercayai ianya penting untuk urusan-urusan di masa akan datang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai sedikit pengetahuan mengenai internet tetapi tiada pengetahuan dalam pengendalian komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta menaip.

Usahawan Kecil

Nama : En Roestam A Sani Bin Misron
Umur : 49 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En Roestam A Sani Bin Misron merupakan seorang pengurus Homestay “MyDesaStay” Tebuk Haji Yusuf . Beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 1500 – RM 2000 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan “MyDesaStay” Tebuk Haji Yusuf  beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3500.00 – RM4000.00 sebulan.

Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Muhammad Jamil Bin Samsur
Umur : 10 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Jamil Bin Samsur adalah seorang pelajar sekolah darjah empat yang menetap di Tebuk Haji Yusuf, Sungai Besar.

Beliau mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan beliau banyak ketinggalan dalam mata pelajaran. Walaupun beliau lemah dalam pembelajaran tetapi beliau mahir asas dalam menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta menaip.

Usahawan Kecil

Nama : Puan Ziera Ashrinnas Binti Rosli
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Ziera Ashrinnas Binti Rosli merupakan seorang jurujual produk penapis air Coway. Beliau menceburi dalam bidang perniagaan ini untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 1000 – RM 1500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3500.00 – RM4000.00 sebulan.

Usahawan Kecil

Nama : Pn. Rosmini Binti Haron
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn. Rosmini Binti Haron merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau telah  menceburi dalam bidang perniagaan masakan bersama suami yang dilakukan secara kecil-kecilan di lokasi rumah mereka sahaja.

Menyedari membuat perniagaan di rumah tidak mendapat sambutan berikutan lokasi rumah beliau agak terpencil dan sukar untuk pelanggan datang berkunjung, beliau membuat keputusan untuk membuat penghantaran makanan kepada pelanggan.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM 300.00 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM1000.00 sebulan.