Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Salmah Binti Alias
Umur : 46 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Salmah Binti Alias adalah seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Tebuk Haji Yusuf, Sungai Besar.

Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT setelah dipelawa oleh rakan Persatuan Wanita Kampung Tebuk Haji Yusuf untuk sama-sama mengikuti kelas yang diadakan di PI Tebuk Haji Yusuf

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta menaip.