Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Zainul Hizam Bin Mohd Basar
Umur : 51 Tahun
Ahli : 11 Jun 2017

 

Latar belakang

Encik Zainul Hizam Bin Mohd Basar adalah seorang usahawan pakej haji dan juga seorang guru mengaji yang telah menjadi ahli NADI Tebuk Haji Yusuf sejak dari tahun 2017.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Memandangkan pekerjaan beliau lebih kepada penggunaan internet dan ICT, menjadikan beliau ingin mempelajari dan menambah kemahiran khususnya penggunaan aplikasi Whatsapp Web, Google Meet dan sebagainya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh NADI Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer seperti Ms Office, Internet & juga kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI.

 

Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Farish Putra Bin Azmi
Umur 13 Tahun
Ahli : 9 Disember 2023

 

Latar belakang

Farish Putra Bin Azmi adalah seorang pelajar tingkatan 1 yang telah menjadi ahli PEDi Tebuk Haji Yusuf sejak dari tahun 2023.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai asas ICT seperti menaip dan cara untuk melayari internet semasa mendaftar ahli PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer seperti Ms Office, Internet & juga kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi.

Usahawan Kecil

Nama : Mohammad Akhihurrahman Bin Shahrom
Umur : 30 Tahun
Ahli : 29 Ogos 2019

 

Latar belakang

Encik Mohammad Akhikhurrahman Bin Shahrom adalah seorang usahawan kecil yang menjual barangan produk Amway. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau berminat untuk belajar dan juga berniaga untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Facebook & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 1000 – RM 2000 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Tebuk Haji Yusuf, Beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500.00 – RM5000.00 sebulan.

 

 

Usahawan Kecil

Nama : Aniz Syazwani Binti Mohd Noh
Umur : 27 Tahun
Ahli : 19 September 2022

 

Latar belakang

Cik Aniz Syazwani Binti Mohd Noh adalah seorang usahawan kecil yang menjual barangan seni ukiran kayu. Beliau menceburi dalam bidang ini kerana beliau berminat untuk belajar dan juga berniaga untuk menambahkan pendapatan beliau.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti Facebook & Shopee adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau meliputi lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Pendapatan beliau RM 50 – RM 100 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital Tebuk Haji Yusuf, Beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook & Whatsapp.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300.00 – RM400.00 sebulan.

 

 

Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Nur Izzati Binti Muhairi
Umur 17 Tahun
Ahli : 4 November 2017

 

Latar belakang

Nur Izzati Binti Muhairi adalah seorang pelajar tingkatan 5 yang telah menjadi ahli PEDi Tebuk Haji Yusuf sejak dari tahun 2017.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mempunyai asas ICT seperti menaip dan cara untuk melayari internet semasa mendaftar ahli PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas-kelas asas komputer yang dibimbing oleh PEDi Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer seperti Ms Office, Internet & juga kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi.