466941386 1586582602164870 1166639583773545402 n

Bukan satu perkara yang mudah untuk mempertahankan perniagaan anda dalam jangka masa panjang, memerlukan usaha dan sokongan dari orang sekeliling anda juga.

Tidak mustahil anda juga boleh melakukan dengan baik jika anda sendiri alert kepada beberapa perkara tersebut. Antaranya:

1. Menjaga hubungan dengan pelanggan

Pelanggan adalah “main” utama dalam perniagaan anda. Tanpa pelanggan mungkin sukar untuk anda mengekalkan perniagaan lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang panjang. Penuhi segala keperluan pelanggan dan berikan layanan terbaik buat mereka.

2. Fokus kepada kualiti produk

Pastikan setiap produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan mempunyai kualiti baik. Sentiasa membuat pembaharuan dalam servis perkhidmatan anda.

3. Menguruskan kewangan dengan bijak

Sentiasa memantau aliran tunai keluar masuk agar anda dapat melihat dengan lebih jelas penggunaan wang tersebut untuk apa. Jika perniagaan anda mendapat masalah kewangan maka cari jalan untuk pembiayaan alternatif.

4. Memantau perkembangan perniagaan

Perkara ini sangat penting agar anda tahu perniagaan anda berada di fasa mana. Sentiasa mengenalpasti masalah yang ada dan segera untuk menyelesaikannya.

5. Mengetahui pemasaran

Kerap melakukan penyelidikan terhadap pelanggan agar anda tahu perubahan dan trend terkini. Jadi, sedikit sebanyak anda boleh melakukan penambahbaikan terhadap produk dan pemasaran anda.

Kelima-lima perkara ini sangat penting dalam memastikan perniagaan anda kekal bertahan. Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda.

 

(Sumber : Ejul Lutfi Evolusi)