460567123 930137419148262 7303279988003462281 n

Risiko penyebaran demam denggi akan meningkat terutama semasa cuti sekolah dan juga semasa cuti umum disebabkan oleh pergerakan orang ramai.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat supaya mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi.

Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

Informasi berkaitan penyakit demam denggi serta lokasi wabak dan hotspots boleh dilayari melalui laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my/)

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

455954296 908382837990387 2952717131092409888 n

Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan gigi. Jaga senyuman anda dan elakkan daripada mengunyah ais.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

448317402 785959530359513 3025385417012709945 n


Amalkan 10 Tips Keselamatan Makanan semasa perayaan.

Bersama kita elakkan risiko keracunan makanan ketika musim perayaan ini.

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)

 

450212348 883297463832258 975878840805015883 n

Kawasan lorong belakang rumah serta kebun yang diusahakan oleh orang persendirian atau komuniti berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes jika tidak dijaga dengan baik. Lakukan gotong-royong kendiri secara berkala bagi memastikan keseluruhan dalam dan luar premis bebas dari tempat pembiakan Aedes.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

442498822 858715596290445 1113475745547561811 n

Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini bertemakan Lindungi Kanak-kanak daripada Pengaruh Industri Tembakau. Ia selaras dengan prinsip melindungi generasi sekarang dan akan datang daripada kesan buruk terhadap kesihatan akibat penggunaan tembakau.

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024, jom ikuti langkah mudah ke arah mewujudkan generasi muda bebas tanpa amalan merokok.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)