433254038 810073187821353 2105671091514557723 n

Gelombang haba adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, Gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

430173473 921767003166551 6232323261935435891 n

Makluman Program Derma Darah di Bangunan Plaza Mara Sg. Besar pada 9 Mac (Sabtu) jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.

 

(Sumber : Derma Darah Teluk Intan)

 

431069670 804885885006750 3252836851498270518 n

Kebanyakkan penyakit mulut boleh dicegah menerusi amalan penjagaan pergigian yang sempurna dan diikuti dengan penjagaan kebersihan gigi yang baik.

Ikuti cara pencegahan penyakit mulut seperti yang dikongsikan sebagai peringatan bersama bagi mencegah penyakit mulut yang boleh mengundang ketidaselesaan dan jaminan kesihatan mulut di tahap optimum.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

428177138 792242656271073 3716752288136677355 n

Hazard merujuk kepada punca atau situasi yang berpotensi memudaratkan manusia sama ada kecederaan ataupun penyakit, kemusnahan harta benda, kemusnahan alam sekitar atau keduanya.

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 '𝗵𝗮𝘇𝗮𝗿𝗱' 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝘇𝗮𝗿𝗱 𝗽𝘀𝗶𝗸𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮. 

Sehubungan itu, majikan atau pihak pengurusan perlu mengenal pasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah psikososial di tempat kerja dan mengambil langkah untuk mencegah dan/atau mengatasinya.

Jom ketahui jenis-jenis 'hazard' di tempat kerja bagi mengetahui dengan lebih lanjut punca dan contoh 'hazard' tersebut agar langkah pencegahan dapat diambil.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)