271929440 4502436263215971 6611313299694490893 n

Memo Test (Uji)
Memo Report (Lapor)
Memo Isolate (Asing)
Memo Inform (Maklum)
Memo Seek (Dapatkan rawatan)

 

(Sumber : KKM)

243519649 227833079378703 3379396265101399166 n

Kanser Payudara adalah kanser utama di negara ini dan kanser paling kerap berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia.

Mengikut kaum, kanser ini dilaporkan paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Cina dengan 41 kes bagi setiap 100,000 populasi diikuti India (38 kes) dan Melayu (32 kes) - Sumber Malaysia National Cancer Registry Report (MNCRR) 2012 – 2016

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

257148037 254742020021142 2989797667388447266 n

1 daripada 5 orang dewasa menghidap diabetes atau kencing manis. Lebih membimbangkan lagi, separuh daripada mereka tidak sedar menghidap diabetes. Lakukan ujian secara berkala terutamanya mereka yang berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga, masalah obesiti dan peningkatan usia.

Selari dengan tema sambutan Hari Diabetes Sedunia tahun ini, akses kepada penjagaan diabetes diberi penekanan supaya pesakit diabetes dan mereka yang berisiko menghidap diabetes mendapat akses yang sewajarnya bagi mengelakkan komplikasi akibat diabetes yang lebih serius. Malah, golongan ini berisiko untuk mendapat komplikasi serius jika dijangkiti #COVID19.

Empat komponen utama yang diberi perhatian iaitu akses kepada rawatan ubat-ubatan dan insulin, akses kepada pemantauan kendiri, akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial dan akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.

Dengan semangat #keluargamalaysia, bersama kita jadikan negara kita sebagai negara yang sihat dan sejahtera dengan mengambil berat tentang kesihatan masing-masing dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

242963861 223741166454561 1955567154985336716 n

Persediaan ke Pusat Pemberian Vaksin Remaja
buat rujukan Ibu Bapa / Penjaga.