348571421 1342281983000152 2503823212675492750 n

Penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan. Pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan keadaan kanak-kanak dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera bagi mengenal pasti kes-kes aktif disekeliling anda.

 

(Sumber : MySejahtera)

 

340017557 618333950165956 7234521343374119776 n

Sesetengah umat Islam berasa ragu terhadap pengambilan ubat-ubatan semasa berpuasa. Pengambilan ubat semasa puasa amat penting untuk mengurangkan gejala penyakit dan mengurangkan kesakitan. Tidak kesemua ubatan atau prosedur perubatan membatalkan puasa.

Sehubungan itu, para pesakit dinasihatkan mengetahui jenis ubat dan prosedur tidak membatalkan puasa demi mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Sila semak ubat dan prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

337265241 1248210722759275 4659917478413446051 n

Punca Buah Pinggang Rosak :

 Berhenti ambil ubat kencing manis atau insulin sesuka hati

 Ambil Vitamin C tak terkawal

 Tidak ambil ubat darah tinggi

 Malas bersenam

 Tidak kawal pemakanan

 Ambil ubat atau produk yang tidak di iktiraf

 Merokok

 Minum minuman beralkohol

 

(Sumber : Bunga Crew Fitness)

 

328919865 731364415326470 1517422959170614755 n

Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah penyakit kanser.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)