279694591 374258978069445 7868086652150002265 n

Lupus adalah penyakit autoimun kronik yang tidak berjangkit tetapi berpotensi mengancam nyawa. Ia boleh menyerang mana-mana organ atau tisu dari kulit atau sendi sehingga ke jantung, buah pinggang dan otak. Dikongsikan simptom umum dan gejala lain yang lebih khusus mengikut organ yang terjejas. Walaupun lupus tidak boleh sembuh, namun rawatan mampu mengawal simptom. Jadi, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan mengikut nasihat pakar perubatan

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

277778070 355124869982856 3528444888929819108 n

Menjaga kesihatan mental dan kesihatan fizikal adalah sama penting.

Tip penjagaan kesihatan mental yang boleh anda amalkan.Tip ini bukan sahaja bermanfaat dalam tempoh fasa Peralihan ke Endemik, tetapi sebaiknya menjadi amalan kita semua sekiranya ketika mengalami keadaan kebimbangan dan tekanan.

Sama-sama kita jalani fasa peralihan ini dengan selamat dan sejahtera. 

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

275297530 438319621378923 2431045525288172042 n

Salurkan aduan anda kepada saluran yang betul. Malaysia telah ada akta kebajikan haiwan sejak 2017 lagi. Jangan kecoh2 di media social. Anda letih, pesalah terlepas. Jom tambah ilmu apa yang boleh dibuat untuk aduan

Hubungi 0199307594 untuk info

 

(Sumber : Klinik Haiwan Dan Surgeri Dr Amal)

 

274924850 329608795867797 286379365132038033 n

Obesiti adalah merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan boleh menjadi punca utama yang menyebabkan penyakit tidak berjangkit lain seperti Hipertensi, Diabetes dan kegagalan jantung.

Sempena Hari Obesiti Sedunia, marilah bersama-sama berazam untuk menjalani gaya hidup sihat untuk mengelakkan obesiti dengan:
 Makan makanan sihat dan seimbang
 Aktif secara fizikal
 Elak minuman alkohol
 Berhenti merokok
 Urus tekanan dengan baik

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)