Orang ramai dinasihatkan untuk menjalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
Laporkan keputusan positif COVID-19 anda, jalani isolasi dan lakukan penilaian kesihatan kendiri dalam Home Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera. Nasihat kesihatan yang berkaitan akan diberikan mengikut penilaian yang dilaporkan.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Disleksia adalah masalah pembelajaran khusus.Ciri-ciri atau gejala disleksia biasanya dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, dimana kemahiran membaca, menulis, mengira dan mewarna mula diperlukan. Namun begitu, terdapat beberapa ciri yang boleh diperhatikan oleh ibu bapa pada kanak-kanak sebelum peringkat umur tersebut.
Antaranya adalah seperti dikongsikan. Sekiranya ibu bapa mendapati sebarang masalah pada perkembangan anak, sila dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.
Dengan rangsangan yang betul dan konsisten, dapat membantu kanak-kanak disleksia membina keyakinan diri serta mengasah keistimewaan mereka.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Diabetes atau Kencing Manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.
Ini menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga dan mengakibatkan peningkatan paras gula darah.
Pra-diabetes merupakan situasi apabila paras gula dalam darah melebihi paras normal tetapi belum mencapai paras yang dikategorikan sebagai menghidapi Diabetes. Keadaan ini ditentukan melalui ujian makmal yang akan disahkan oleh pegawai perubatan.
Kebiasaanya, pra-diabetes ini tidak mempunyai gejala.
(Sumber :
Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.
Biasanya, warga emas mungkin juga mempunyai penyakit demensia seperti Alzheimer pada masa yang sama.
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan.
Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri
(Sumber :
Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim akan menyebabkan demam selsema yang ringan pada kebanyakan individu.
Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
- kanak-kanak
- warga tua
- wanita mengandung
- mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan sebagainya.
Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)