374902178 696868915808448 1395162675043138088 n

Kebanyakan rakyat di negara ini menatap skrin digital bagi tempoh yang panjang secara berterusan. Apabila seseorang melakukan kerja dekat dalam tempoh yang lama, ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan kadar mata berkelip, seterusnya meningkatkan risiko seseorang mengalami mata kering.

Mata kering berlaku apabila kalenjar air mata tidak menghasilkan cecair yang cukup bagi melindungi dan melembapkannya mengakibatkan kerengsaan dan ketidakselesaan pada mata.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan penjagaan mata yang baik bagi memastikan penglihatan yang berkualiti

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)