Usahawan Kecil

Nama : Pn. Norjariah Binti Dollah Moksin
Umur : 33 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn. Norjariah Binti Dollah Moksin merupakan seorang yang meminati dalam bidang perniagaan terutama dalam bidang produk kecantikkan. Beliau telah pun menceburi dalam bidang ini sebagai kerja sambilan beliau untuk menambah pendapatan.

Sebelum ini beliau berniaga secara kecil-kecilan dan antara pelanggan tetap beliau adalah kenalan rapat beliau sahaja.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mengembangkan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM 500.00 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.00 – RM1500.00 sebulan.