Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Indarwaty Binti Tumadi
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Indarwaty Binti Tumadi merupakan  seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.

Beliau berminat untuk mempelajari komputer dan internet dan mempercayai ianya penting untuk urusan-urusan di masa akan datang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai sedikit pengetahuan mengenai internet tetapi tiada pengetahuan dalam pengendalian komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta menaip.