Usahawan Kecil

Nama : Rosnani Binti Hamzah
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Rosnani Binti Hamzah adalah merupakan seorang penjual produk kesihatan di Kampung Simpang Lima dan ingin mengembangkan perniagaan beliau di luar kawasan kampung. Menyedari kepentingan media baru seperti Facebook, Instragram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp dan Facebook. Dengan terhasilnya akaun Facebook dan Whatsapp, beliau kini mempunyai pelanggan dari luar kawasan bandar Sungai Besar di mana mereka mengetahui produk jualan  melalui aplikasi tersebut. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.

Usahawan Kecil

Nama : Raja Marina Binti Raja Maarof
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Raja Marina Binti Raja Maarof adalah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk mengisi masa terluang beliau. Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tiada pendapatan sebelum menceburi bidang perniagaan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp & Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200.00 – RM400.00 sebulan.

 

USAHAWAN KECIL

Nama : Shahruddin Bin Muhammad
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Shahruddin adalah usahawan kecil Sub dealar bagi ONEXOX Sdn Bhd bagi kawasan Sungai Besar dalam tempoh 3 bulan. Beliau juga merupakan Pengurus Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Menyedari kepentingan  Internet dan kuasa media baru seperti, Instragram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara Online dan menggunakan Pusat Internet sebagai platform meluaskan sumber pendapatan kedua.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 30.00 sahaja  bagi bulan pertama

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 50.00 – RM 150.00

 

 15 Julai 2017 Bisnes Online 6  b7295506 1db4 44a9 8188 6e61469b9407

 

 

Mempelajari Asas Komputer, Internet dan Menaip

Nama : Azman Bin Ibrahim
Umur : 47 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Azman Bin Ibrahim adalah seorang pemegang kad OKU dan bekerja sebagai tukang urut sambilan di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar. Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT di PI Tebuk Haji Yusuf.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun beliau mempunyai masalah lembam tetapi beliau amat tekun dan sabar ketika belajar menggunakan komputer.

 

Mempelajari Asas Komputer, Internet dan Menaip

 

Nama : Norlaza@Norliza Binti Ahmad
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Norliza adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa di Kampung Tebuk Haji Yusuf, Sungai Besar. Beliau merupakan ahli jawatankuasa Perrsatuan Wanita Fardhu Ain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Norliza tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai komputer, internet dan cara pengunaan komputer. Beliau juga tidak menggunakan telefon pintar menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan maklumat terkini dari ahli persatuan yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian, beliau berminat untuk mengikuti kelas-kelas asas komputer dan internet yang dijalankan di Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf. Beliau juga belajar menaip dan menggunakan mouse dengan betul sehingga mahir. Aplikasi Whatsapp dan penggunaan internet di dalam telefon juga telah diajar oleh petugas setelah beliau memiliki telefon pintar yang baru. Kini beliau tiada masalah untuk berhubung dan berkongsi maklumat bersama ahli persatuan.

 

 

 Kelas Asas Pengenalan Komp Internet 16 Mei 2017 3  Kelas Asas Pengenalan Komp Internet 16 Mei 2017 2
 12 Sep 2017 Kelas DIY Craft 7  13 Sep 2017 Kelas DIY Daun Pandan 9

Pn. Norliza ketika mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI Tebuk Haji Yusuf