Usahawan Kecil

Nama : Pn. Rosmini Binti Haron
Umur : 40 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn. Rosmini Binti Haron merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau telah  menceburi dalam bidang perniagaan masakan bersama suami yang dilakukan secara kecil-kecilan di lokasi rumah mereka sahaja.

Menyedari membuat perniagaan di rumah tidak mendapat sambutan berikutan lokasi rumah beliau agak terpencil dan sukar untuk pelanggan datang berkunjung, beliau membuat keputusan untuk membuat penghantaran makanan kepada pelanggan.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM 300.00 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM1000.00 sebulan.