Kelab Sahabat Komuniti Desa (SKOD) Kampung Sungai Limau adalah salah satu badan NGO yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan komuniti kampung ini. Ditubuhkan pada Januari 2020. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong di Balai Raya Kampung Sungai Limau anjuran KEMAS.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat keharmonian warga kampung disamping menyebarkan mesej kebaikan seperti menjaga kebersihan di kawasan persekitaran di rumah mahupun di tempat awam. 

119060998 3688834541148383 9154840895241492673 n

#Hebahan #AirPasangBesar | Kawasan berisiko tinggi.

Orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi pantai dari Sabak Bernam sehingga Sepang bagi mengelak risiko air laut pasang besar selama beberapa hari antara bulan ini hingga November.

 

(Sumber : Media Selangor)

117757763 896357690771707 6630310619235206605 o

PERTANDINGAN CIPTA VIDEO PENDEK TEMA ‘SAYANGI DAERAH SABAK BERNAM
Kategori : Belia ( 16-40 Tahun)

Yuran : PERCUMA

Hadiah : Tempat Pertama-RM1000
Tempat Ke2 -RM500
Tempat Ke3 -RM300
Saguhati x 5 – RM 100

Anda boleh menceritakan apa sahaja mengenai Daerah Sabak Bernam. Sama ada pelancongan, seni, sejarah, tempat makan, pertanian, atau pembuatan
Syarat Penyertaan :

1. Pertandingan ini hanya sah di Malaysia sahaja.
2. Terbuka kepada peserta dari Daerah Sabak Bernam Sahaja
3. Berumur 16 - 40 Tahun
4. Durasi Filem Mininum 3 minit tidak melebihi 5 minit
5. Video Boleh dihasilkan mestilah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
6. Video yang dihasilkan tidak berunsur POLITIK, SINDIRAN mahupun PERKAUMAN.
7. Video yang dihasilkan perlu dihantar melalui google drive atau telegram.

Matlamat Utama Pertandingan :-

Filem pendek ini dilakukan bagi memberi pendedahan dalam pembikinan video serta mengasah bakat belia dalam penghasilan video. Semoga video yang bakal anda hasilkan dapat memberi impak yang positif.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi
Mazlan : 011-5787 1985
Syahmi : 019 – 315 1142

TARIKH PENYERTAAN : BERMULA 23 OGOS 2020 HINGGA 25 SEPTEMBER 2020

Pendaftaran Secara Online :
https://forms.gle/n8i7wBx2TW8Te3nH7

 

(Sumber : Menarik Di Sabak Bernam)

 

Program Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-63 bersama warga komuniti Kampung Sungai Limau, Sungai Besar anjuran Kelab Rekreasi & Kebajikan Kampung Sungai Limau. Penyertaan dari anak-anak kecil, remaja, belia hingga warga emas bagi memeriahkan sambutan ini. Aktiviti seperti pakaian kreatif merdeka, hiasan gerabak, cabutan bertuah serta pemberian sumbangan telah diadakan.

Sambutan pada tahun ini menjadi sedikit kelainan dengan norma baharu dan mengikut SOP yang ditetapkan. Walaupun begitu program tetap berjalan dengan lancar dan meriah bagi mengajar terutama golongan kanak-kanak untuk menghayati makna kemerdekaan.

117698741 3920238531335907 2014557299803516515 o

Pastikan maklumat diperoleh dan disahkan daripada sumber dipercayai.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, berkata antara langkah yang boleh diamalkan bagi menghindar dari terjerumus sebagai mangsa sasaran berita palsu adalah mengkaji sumber dan siapa yang terbitkan maklumat itu.

#EtikaMediaSosial
#FreedomOfSpeechNotFreedomToLie
#JanganBohong
#KebebasanBersuaraBukanKebebasanBerbohong
#MCMC
#NoLies

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)