Kelab Sahabat Komuniti Desa (SKOD) Kampung Sungai Limau adalah salah satu badan NGO yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan komuniti kampung ini. Ditubuhkan pada Januari 2020. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong di Balai Raya Kampung Sungai Limau anjuran KEMAS.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat keharmonian warga kampung disamping menyebarkan mesej kebaikan seperti menjaga kebersihan di kawasan persekitaran di rumah mahupun di tempat awam.