131567747 3388782627910240 550694724808981242 o

Maklumkan kehilangan akibat aktiviti penggodaman, penipuan atau kecurian ini kepada bank anda bagi mendapatkan penjelasan dan nasihat lanjut. Ingat, PIDM hanya melindungi simpanan bank anda jika bank ahli muflis.​

 

(Sumber : Malaysia Government Call Centre)

135125351 1769620743207362 1251165868907954733 o

Kita sedia maklum bahawa peralatan komunikasi mudah alih seperti telefon pintar, tablet, dongle dan modem adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Namun, tahukah anda semua peralatan komunikasi ini mesti mempunyai label MCMC?
Untuk maklumat lanjut, layari
@checkyourlabel_mcmc
Jom @klikdenganbijak
 
(Sumber : Klik Dengan Bijak )

131225376 10159081524913816 141620996704799112 o

 

(Sumber : Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam)

131635031 203341891414991 7255774586011594228 o

Berikut adalah jadual serta tarikh pembayaran gaji bulanan sektor awam bagi tahun 2020 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam Kerajaan semua Kementerian / Jabatan Persekutuan seluruh negeri di Malaysia

Jadual pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2021 yang disertakan ini adalah rasmi berdasarkan rujukan MYsumber terhadap surat pekeliling tarikh dan peraturan pembayaran gaji terkini yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Umum sedia maklum bahawa jadual bayaran gaji bulanan yang dikeluarkan setiap tahun telah memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang serta menguruskan perbelanjaan isi rumah mahupun kewangan peribadi dengan lebih teratur dan berhemah

 

(Sumber : Mysumber )

 

 

129206634 10158953878469828 547192415489954319 o

Pembukaan Perkhidmatan Perpustakaan Awam Selangor Bagi Mukim Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP):

1. Rangkaian Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Selangor
2. Rangkaian Perpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala Selangor
3. Rangkaian Perpustakaan Awam Selangor Daerah Sabak Bernam

Dibuka sepenuhnya mulai 8/12/2020 (Selasa). Waktu perkhidmatan Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 5.00 petang.

Sekiranya anda memerlukan bantuan sila hubungi: 03-5519 766

 

(Sumber : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor )