193546713 4316420365064141 5050885524950570035 n

Bantuan "One-Off" RM500.00 akan diberikan kepada warga OKU yang berkelayakan sekaligus memanfaatkan 1200 orang OKU di negeri Selangor.

 

(Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS)

194815795 4478672222164607 6179343780581223997 n

Permohonan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perdagangan pengedaran di bawah PKP bagi tempoh 1 Jun hingga 14 Jun 2021 kini melalui CIMS 3.0

Segala pendaftaran yang telah dibuat di pautan yang diberikan sebelum ini oleh SPIP menggunakan google form adalah dengan ini TERBATAL dan MANSUH.

 

(Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

181135383 2788002508196822 8276971850206835241 n

Intipati sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKP, PKPB & PKPP.

 

- Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang dikenakan PKP berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei 2021.

- Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal di bawah PKPB.

- Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut, kecuali untuk kes kecemasan atau tujuan bekerja.

- Aktiviti ekonomi di enam daerah terbabit dibenarkan dengan SOP ketat namun aktiviti sosial tidak dibenarkan.

- Takbir raya di masjid/surau di benarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP namun mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri, takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

- Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid/surau di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

- Jamuan hari raya di masjid/surau selepas solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja.

- Ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.

- Ziarah hari raya di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, terhad 20 orang (PKPB) dan 25 orang (PKPP) pada satu-satu masa.

- Tuan rumah digalak menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu.

- Ziarah kubur hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP, terhad enam orang bagi setiap petak kubur serta tidak melebihi 30 minit.

- Penganjuran rumah terbuka sama ada di kawasan PKP, PKPD, PKPB atau PKPP adalah tidak dibenarkan

 

(Sumber : MKN) 

179351958 10159869059579883 3582257024042258580 n

Siapa yang layak? Jum semak kelayakan di sesawang syarikat telekomunikasi.

 

(Sumber : Sinar Harian)

176138307 4041704432580185 1341844743825667713 n

1) Hanya 2 orang daripada 1 keluarga dibenarkan masuk bazar

2) Warga emas yang melebihi umur 65 tahun adalah tidak digalakkan hadir

3) Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk bazar

4) Peniaga dan pengunjung yang mempunyai suhu 37.5 darjah selsius tidak dibenarkan masuk bazar

5) Urusan pembelian juadah dihadkan 15-20 minit sahaja

6) Peniaga perlu menyediakan sistem tempahan untuk mengelakkan pengunjung berkerumun

7) Peniaga yang menjual makanan dibakar/panggang disarankan memanaskan makanan yang telah siap sedia dimasak bagi mengelakkan masa menunggu yang lama. 

8) Peniaga digalakkan memakai sarung tangan dan apron pakai buang

9) Sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mencuci tangan menggunakan pencuci pembasmi kuman

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam )