169083769 3297840380318845 8860512067318745903 n

Aplikasi MySejahtera mampu diperluaskan penggunaannya kepada sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran, selain berfungsi sebagai pusat sehenti atau 'Super App' - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Jika penggunaannya diperluaskan, aplikasi yang kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia itu akan dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform.

Aplikasi MySejahtera telah membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruskan maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak serta pendaftaran suntikan vaksin secara waktu sebenar dan terkini.

Penularan wabak #COVID19 mendorong keperluan untuk mengadaptasi kaedah digital dalam perkhidmatan kesihatan, yang mana antara inisiatif penting dan berkesan ialah dengan mewujudkan aplikasi MySejahtera.\

 

 

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)