Jangan sebarkan kandungan berbaur hasutan demi keharmonian sesama kaum dan menyentuh isu sensitiviti 3R.
R- Religion
R- Race
R- Royalty
Hubungi talian 016-2206262 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. jika anda ingin melaporkan sebarang insiden dan kandungan di media sosial yang berunsur 3R kepada kami.
(Sumber : Malaysia ICT Volunteer )
Ibu Bapa / Penjaga perlu memantau kesihatan anak-anak selepas mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Pastikan anak cukup rehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.
Laporkan sebarang kesan sampingan melalui aplikasi MySejahtera
Segera bawa anak untuk dapatkan rawatan sekiranya terdapat kesan sampingan
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Adakah anda pernah dihubungi dari pihak yang mengaku wakil LHDN?
Adakah anda dikatakan mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat yang anda tidak tahu?
Adakah anda berasa takut dengan dakwaan tersebut?
Kenapa perlu percaya?
Kenapa tidak membuat semakan di pejabat LDHN berhampiran atau menghubungi nombor telefon LHDN di laman web rasmi LHDN?
Kenapa ?
Jadilah masyarakat yang cakna. Jangan berasa takut jika anda tidak pernah mendaftar syarikat atau yakin tidak mempunyai tunggakan cukai.
Etika buang sampah ke dalam tong sampah
Jumpa sampah, kutip
Kemas meja dan buang sampah selepas makan
Jangan buang sampah keluar dari kenderaan
Simpan sampah di dalam poket / beg dan buang bila menemui tong sampah
Kutip sampah selepas sebarang aktiviti luar
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)