Sambutan kemeriahan Aidilfitri bersama warga komuniti Kg Sg Limau, Sungai Besar. Kerjasama bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan Sg Limau, Masjid Hashimiah Sg Limau, JPKKP Sg Limau & PEDi Tebuk Haji Yusuf
Lindungi diri anda daripada penipuan dalam talian. Jangan mudah percaya dengan tawaran yang nampak terlalu hebat.
(Sumber : Klik Dengan Bijak)
Hari Raya bakal menjelang. Ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama yang tersayang.
Pastikan kepulangan kita membawa kegembiraan dan tidak mengundang sengsara kepada mereka terutamanya warga emas, apatah lagi yang mempunyai komorbid iaitu penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi atau pesakit jantung kerana mereka adalah golongan rentan kepada gejala teruk COVID-19.
Anda dan ahli keluarga termasuk kanak-kanak mungkin tidak bergejala tetapi berkemungkinan pembawa virus COVID-19 dan memindahkannya kepada mereka.
Lindungi warga emas. Pastikan mereka mengambil dos penggalak segera
Dapatkan vaksin untuk anak anda
Vaksin dan Dos penggalak melindungi dari gejala teruk COVID-19.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)