296900062 5408808645865479 6206457258454334494 n

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA yang bermastautin di Daerah Sabak Bernam. Setiap pasukan mestilah mempunyai bilangan ahli antara 15 - 20 orang dan bebas menentukan bilangan peserta lelaki dan perempuan.

Kompang biasa bersaiz antara 8 hingga 15 inci sahaja dibenarkan dan hendaklah dibawa oleh pasukan masing-masing. Tema bagi pertandingan kompang ini adalah bebas, tetapi tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik dan perkauman.

Setiap pasukan wajib menyampaikan dua (2) buah persembahan. Persembahan pertama adalah paluan kompang tanpa diiringi lagu dan persembahan kedua adalah paluan kompang berserta iringan lagu sama ada ciptaan sendiri atau lagu saduran (lagu yang dinyanyikan semula)

Sebarang pergerakan semasa persembahan adalah dibenarkan. Masa persembahan adalah 5 hingga 8 minit sahaja. Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (live) tanpa mikrofon.

 

(Sumber : I Love Sungai Besar)

 

294583086 1565773687157368 4345204804430285929 n

Food Festival makanan dua negara akan berada di One Plaza Kuala Selangor bermula dari 22hb hingga 31hb Julai 2022. Bermacam macam acara yang akan diadakan di sana seperti Rumah Hantu, Game Show, Taman Arnab, Mari mewarna dan lain-lain lagi. 


(Sumber : one plaza kuala selangor)

 

294929769 363744689247668 8380230190295855760 n

Peserta akan merasai aktiviti kampung tradsional dan mengembalikan kenangan manis masa silam di chek point yang telah disediakan dan hadiah yang lumayan.

Ayuh sertai program Explorace Sabak Bernam 2022 pada
13 Ogos 2022 (Sabtu) bertempat di Homestay Sg. Haji Dorani...

Pendaftaran kumpulan (4 orang 1 Kereta) boleh dilakukan dengan mengimbas QR kod di poster iklan program. Yuran penyertaan sebanyak RM 100.00 sahaja.

Terbuka kepada semua warga negara Malaysia.

Untuk Pertanyaan lanjut dan syarat-syarat penyertaan sila hubungi :

017-305 7978 (Zahairul)
017-618 0589 (Faizal)

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)

292729387 328491562831878 7158405078189327100 n

Peniaga diingatkan agar tidak mengenakan pembelian bersyarat kepada pelanggan bagi membeli barangan kawalan di premis mereka.

 

(Sumber : KPDNHEP)