176138307 4041704432580185 1341844743825667713 n

1) Hanya 2 orang daripada 1 keluarga dibenarkan masuk bazar

2) Warga emas yang melebihi umur 65 tahun adalah tidak digalakkan hadir

3) Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk bazar

4) Peniaga dan pengunjung yang mempunyai suhu 37.5 darjah selsius tidak dibenarkan masuk bazar

5) Urusan pembelian juadah dihadkan 15-20 minit sahaja

6) Peniaga perlu menyediakan sistem tempahan untuk mengelakkan pengunjung berkerumun

7) Peniaga yang menjual makanan dibakar/panggang disarankan memanaskan makanan yang telah siap sedia dimasak bagi mengelakkan masa menunggu yang lama. 

8) Peniaga digalakkan memakai sarung tangan dan apron pakai buang

9) Sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mencuci tangan menggunakan pencuci pembasmi kuman

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam )