181135383 2788002508196822 8276971850206835241 n

Intipati sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKP, PKPB & PKPP.

 

- Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang dikenakan PKP berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei 2021.

- Tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal di bawah PKPB.

- Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut, kecuali untuk kes kecemasan atau tujuan bekerja.

- Aktiviti ekonomi di enam daerah terbabit dibenarkan dengan SOP ketat namun aktiviti sosial tidak dibenarkan.

- Takbir raya di masjid/surau di benarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP namun mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri, takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

- Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid/surau di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

- Jamuan hari raya di masjid/surau selepas solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja.

- Ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa.

- Ziarah hari raya di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, terhad 20 orang (PKPB) dan 25 orang (PKPP) pada satu-satu masa.

- Tuan rumah digalak menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu.

- Ziarah kubur hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP, terhad enam orang bagi setiap petak kubur serta tidak melebihi 30 minit.

- Penganjuran rumah terbuka sama ada di kawasan PKP, PKPD, PKPB atau PKPP adalah tidak dibenarkan

 

(Sumber : MKN)