hati2 kongsi

Jangan sewenang-wenangnya berkongsi data anda secara terbuka bagi mengelakkan penyalahgunaan data oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

kawasan zon merah 15

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 15 Jun 2020. Pertambahan 2 kes baharu hari ini (2 kes tempatan, 0 kes luar negara). Pertambahan 9 kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini.

Kes Baharu (Tempatan):
1 kes di mukim Labu (Saringan close contact)
1 kes di mukim Kuala Selangor (Saringan ARI Covid-19)

#KitaJagaKita
#Elak3SAmal3W
#SocialDistancing
#EtikaBatukBersin
#KerapCuciTangan
#SihatMilikSelangor

(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)

kawasan zon merah 14

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 14 Jun 2020. Pertambahan 2 kes baharu hari ini (0 kes tempatan, 2 kes luar negara). Pertambahan 77 kes discaj (update discaj semalam) dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini. Syabas warga Selangor!!! kekalkan momentum kepatuhan arahan kerajaan dari masa ke masa.

Kes Baharu (Tempatan):
Tiada pertambahan kes baharu tempatan hari ini.

#KitaJagaKita
#Elak3SAmal3W
#SocialDistancing
#EtikaBatukBersin
#KerapCuciTangan
#SihatMilikSelangor

(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)

terbaik

Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik COVID19. Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan, yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global. Malaysia berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi.

Perdana Menteri mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, selain turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Jelasnya hasil kerjasama baik seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan, ia telah membantu kerajaan dalam melandaikan lekuk COVID-19 di negara ini.

Kerjasama yang diberikan seluruh rakyat serta pengorbanan besar daripada (petugas) barisan hadapan hasilnya kita telah berjaya mengawal jangkitan COVID-19 dengan meratakan lengkung pandemik tersebut.

(Sumber : BERNAMA)