mysejahtera

Kemaskini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.19 untuk menggunakan MySejahtera Check-In!

MySejahtera Check-In merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Fungsi MySejahtera Check-In:

i. Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;

ii. Mengurangkan kesesakan pelawat;

iii. Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan

iv. Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak di salah gunakan.

Terima kasih kerana menjadi wira negara untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

Android

https://play.google.com/store/apps/details…

iOS

https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Huawei

https://appgallery.cloud.huawei.com/marketsha…/…/C101930603…
#COVID19
#KKM
#MAMPU
#MCMC
#MKN
#MySejahtera

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

phishing

TIGA TIP CEGAH PHISHING

Phishing adalah tindakan mencuri data & maklumat peribadi untuk akses akaun bank.

Sama-sama kita cegah!

#KPDNHEP
#MCMC
#PHISHING
#ScamAlert

(Sumber : KPDNHEP-Laman Rasmi)

kawasan zon merah 7

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 6 Jun 2020. Pertambahan 14 kes baharu hari ini (13 kes tempatan, 1 kes luar negara). 24 kes discaj dan pertambahan 1 kes kematian direkodkan hari ini.

Kes Baharu:
2 kes di mukim Ampang (Close Contact)
1 kes di mukim Hulu Langat (Nabawiyah)
1 kes di mukim Sg Buluh (Saringan Pusat Tahfiz)
1 kes di mukim Tanjong 12 (1) (Saringan Pusat Tahfiz)
7 kes di mukim Tanjong 12 (2) (Saringan semi-EMCO Kuala Langat)
1 kes di mukim Labu (Saringan Acute Respiratory Infection di Klinik Kesihatan)

fasa norma

KITA SEMUA MESTILAH BERSEDIA UNTUK MEMBUDAYAKAN KEBIASAAN BAHARU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

#COVID19
#MCMC
#MKN
#NormaBaharu
#PerintahKawalanPergerakanPemulihan

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)

inisiatif telekomunikasi

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan terus menyokong keperluan untuk bekerja dari rumah dan pembelajaran dalam talian melalui penyediaan kemudahan internet berkapasiti 1GB secara percuma setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang, mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Telekomunikasi adalah asas kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia yang menyokong gaya hidup digital semua lapisan masyarakat hari ini.

Oleh itu, Kerajaan sangat komited untuk memastikan kelangsungan kehidupan harian berterusan dalam mendepani cabaran norma baharu terutamanya dalam aspek pekerjaan, pendidikan dan terus menerima maklumat terkini yang sahih berkenaan COVID-19.

#BersamaMenjanaEkonomi
#KerajaanPrihatin
#MCMC
#PENJANA
#Telekomunikasi

(Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)