COVID-19 : How to run an indoor meeting during Movement Control Order ?
#SihatMilikSelangor
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Kerajaan mulai hari ini membenarkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan diberi kelonggaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing setelah mendapat kebenaran daripada polis.
Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri itu terhad untuk 𝐬𝐞𝐦𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 dan perlu mengemukakan 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐏𝐃𝐑𝐌) bagi mendapatkan kebenaran perjalanan merentas negeri.
Bagi urusan kerja dan kes kecemasan seperti kematian atau perubatan, tiada masalah untuk perjalanan merentas negeri asalkan ada surat kebenaran dikeluarkan oleh pihak polis.
Sumber: Sidang Media Harian (31 Mei 2020) oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#PasanganPJJ
#PKPB
#RentasNegeri
#PDRM
#Covid19
#KitaJagaKita
(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)
[Infografik] Kempen 'Bawa Pen Sendiri' Sebagai Usaha Bagi Membendung Penularan Jangkitan COVID-19 Ketika Memasuki Permis Kerajaan, Swasta Dan Perniagaan.
#StaySafe
#KitaJagaKita
#NormaBaharu
(Sumber: KKM)
Hari ini adalah HARI TERAKHIR mendaftar!
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan set dekoder myFreeview percuma untuk isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara.
Semak kelayakan dan daftar segera melalui laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.
Kelayakan Penerimaan Dekoder myFreeview oleh Golongan B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
a) Telah berdaftar sebagai golongan B40 dengan LHDN sebelum September 2019;
b) Merupakan golongan B40 secara isi rumah dan bukan kategori bujang;
c) Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,000 sebulan;
d) Bermastautin di Malaysia; dan
e) Tidak pernah mendapat dekoder myFreeview sebelum ini.
#MCMC
#myfreeview
#mytvbroadcasting
#TVDigital
(Sumber : SKMM)
Hari ini, mukim Jeram dan Pasangan telah bersih dari kes aktif menjadikannya bertambah baik ke Zon Hijau. Dengan ini, jumlah Zon Hijau telah naik kepada 31.
Sentiasa beringat dengan ancaman pembawa virus yang tidak bergejala (asymptomatic) boleh berada berhampiran anda. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan juga pakai face mask.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)