2 HARI SAHAJA lagi!
Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma, semak kelayakan anda dan DAFTAR SEGERA.
Kelayakan Penerimaan Dekoder myFreeview oleh Golongan B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
a) Telah berdaftar sebagai golongan B40 dengan LHDN sebelum September 2019;
b) Merupakan golongan B40 secara isi rumah dan bukan kategori bujang;
c) Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,000 sebulan;
d) Bermastautin di Malaysia; dan
e) Tidak pernah mendapat dekoder myFreeview sebelum ini.
Hari ini daerah Kuala Langat telah bertukar ke Zon Kuning setelah 20 kes baru dilaporkan di mukim Tanjong 12 (2) disebabkan kes bukan warganegara dari sebuah syarikat.
Warga Selangor diminta patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) kerana usaha pelandaian keluk graf pandemik adalah usaha berterusan.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
(Sumber : Selangor Task Force Covid-19)
Hanya perubahan minimal bagi data kes aktif bagi Selangor pada hari ini memandangkan kes baru juga tidak direkodkan tinggi. Keseluruhannya, demografi kes aktif tidak berubah dengan kuantiti zon-zon yang sama seperti semalam.
Amalan norma baru iaitu penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan pakai face mask harus dijadikan satu rutin dan tabiat bagi warga Selangor. Dengan ketiadaan vaksin untuk satu tempoh yang agak lama, inilah benteng terbaik yang kita ada.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.
#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19
(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)
Adakah anda sudah mendaftar?
Tinggal 4 hari lagi!
Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma digesa untuk mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020.
#MCMC
#myFreeview
#mytvbroadcasting
#TVDigital
Kerajaan sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6 Pindaan 2020).
Peraturan itu antara lain membabitkan penumpang bagi 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐤𝐚𝐩𝐚𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝟏𝟗𝟖𝟕.
Jika kapasiti empat penumpang maka seorang pemandu campur tiga penumpang tetapi bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) ia merangkumi seorang pemandu dan enam penumpang, maksimum tujuh orang. Ia berkuat kuasa mulai hari ini, 27 Mei 2020.
𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚.
-Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)