dekoder 1 hari lgi

Hari ini adalah HARI TERAKHIR mendaftar!

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan set dekoder myFreeview percuma untuk isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara.

Semak kelayakan dan daftar segera melalui laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.

Kelayakan Penerimaan Dekoder myFreeview oleh Golongan B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:

a) Telah berdaftar sebagai golongan B40 dengan LHDN sebelum September 2019;

b) Merupakan golongan B40 secara isi rumah dan bukan kategori bujang;

c) Pendapatan isi rumah kurang daripada RM 4,000 sebulan;

d) Bermastautin di Malaysia; dan

e) Tidak pernah mendapat dekoder myFreeview sebelum ini.

#MCMC
#myfreeview
#mytvbroadcasting
#TVDigital

(Sumber : SKMM)