Program Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-63 bersama warga komuniti Kampung Sungai Limau, Sungai Besar anjuran Kelab Rekreasi & Kebajikan Kampung Sungai Limau. Penyertaan dari anak-anak kecil, remaja, belia hingga warga emas bagi memeriahkan sambutan ini. Aktiviti seperti pakaian kreatif merdeka, hiasan gerabak, cabutan bertuah serta pemberian sumbangan telah diadakan.

Sambutan pada tahun ini menjadi sedikit kelainan dengan norma baharu dan mengikut SOP yang ditetapkan. Walaupun begitu program tetap berjalan dengan lancar dan meriah bagi mengajar terutama golongan kanak-kanak untuk menghayati makna kemerdekaan.