357532567 790343662881648 723353266426553855 n

SRI DULANG CATERING
kami menerima tempahan
-majlis perkahwinan
-jamuan makan
-rumah terbuka
-majlis tahlil
-majlis pertunangan
-majlis akikah
-rumah terbuka
 
Minima tempahan adalah untuk 30orang. Menerima tempahan kawasan Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sekinchan. Boleh bincang harga dan menu mengikut bajet anda
 
(Sumber : Sri Dulang)

 

Kedai makan yang terletak 2km dari PEDi Tebuk Haji Yusuf menawarkan menu masakan tengahari. Antara menu-menu yang disajikan ialah Asam Pedas De'Gan (pelbagai jenis ikan/ daging/kambing), Soto De'Gan (ayam/daging), Sup De'Gan (ayam/daging/kambing) danSup Lamb Shank. Menariknya ialah semua lauk pauk  diisi dalam kelapa muda supaya beraroma istimewa dan sihat. Perkhidmatan tempahan katering dan acara majlis makan juga didapati di De`Gan Cafe.

 

Alamat :

De'Gan Cafe De'Gan House
Lot 776, Jalan Tengah Tebuk Rasidin, Kampung Tebuk Marso,
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan
 
No. Dihubungi :
 
Waktu Operasi :
11.00 am - 9.00 pm (Isnin - Ahad)
 
 
(Sumber : De Gan)
 
 

 

Kedai makan ini terletak di Pekan Sungai Besar yang mempunyai ciri-ciri kedai kayu lama bagi menimbulkan suasana nostalgia di antara pelanggan yang hadir. Pelbagai menu masakan tengahari yang disediakan disini dan yang paling digemari adalah menu masakan asam pedas. Disini juga menyediakan set makanan serendah harga RM6. Masih murah dan berpatutan, nampak menyelerakan bila dihidang di atas pinggan. Set ayam masak lemak, set kari ayam, set keli masak lemak, set keli sambal, set asam pedas ikan kembung. Semua berharga RM6. Juga boleh didapati menerusi perkhidmatan penghantaran melalui aplikasi Food Panda atau hubungi talian nombor di whatsapp.

 

Alamat :

198B, Jalan Bunga Raya, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No Dihubungi :

www.wasap.my/601111536596/order

 

(Sumber : Restoran Teratak Ayah Chik)

 

 

Warung Tumboh terletak di Sungai Besar yang menyajikan menu kesukaan ramai iaitu Asam Pedas dan Singgang. Dua juadah ini antara menu yang sering dipesan oleh pelanggan yang singgah makan di Warung Tumboh. Bukan itu sahaja, Warung Tumboh juga menyajikan pelbagai lagi menu menarik lain yang menjadi kesukaan pelanggan yang singgah makan. 
 
Antara menu tersebut seperti Ikan Bakar Kam Heong, Nasi Goreng Ikan Rebus, Nasi Goreng Tumboh, Nasi Pad Krapow, Ikan Rebus Goreng dan lain-lain. Bagi yang belum berkesempatan untuk makan di Warung Tumboh, jemput singgah bermula dari 12 tengahari hingga 10 malam.
 
Alamat:
No 235, Jalan Parit Changkat Kiri, Peket 20, Sg Hj Dorani, Sungai Besar.
 
Waktu Operasi :
12 tengahari hingga 10 malam (Tutup Setiap Hari Rabu)
 
No. Dihubungi :
012-930 1802
 
 
(Sumber : Warung Tumboh)

321745375 624939739385351 4563677718023939816 n


Semua penyedia/ pengendali/ peniaga makanan dan minuman di Negeri Selangor hendaklah mematuhi arahan pemakaian pelitup muka bagi menjamin keselamatan dan kebersihan makanan berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Kegagalan mematuhi arahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.00

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)