Restoran Lazat Station adalah sebuah restoran yang menghidangkan santapan menu makanan barat (western). Lokasi yang strategik iaitu tidak jauh dari Pekan Sungai dan lebih kurang dalam 1km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Keistimewaan restoran ini adalah dengan menghidangkan menu makanan barat dengan kombinasi 5 jenis sos yang menjadi tumpuan pengunjung dengan harga yang sangat berbaloi.
Keutamaan restoran ini juga adalah menyediakan makanan yang berasaskan ayam. Pengunjung yang berkunjung dapat menikmati hidangan dalam suasana yang santai.
Diantara menu hidangan makanan western yang digemari dan popular dikalangan pengunjung.
Waktu operasi restoran dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 12 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa. Perkhidmatan penghataran juga disediakan meliputi kawasan Sungai Besar.
(sumber : https://www.facebook.com/lazatstationsgb/)
Book & Bike Cafe ini adalah sebuah gerai makan yang menyajikan santapan menu petang. Terkenal dengan pelbagai jenis variasi karipap seperti Karipap Cheese Daging, Karipap Carbonara dan juga Karipap Salami Chicken yang menjadi best seller dan tumpuan pengunjung di sini. Gerai ini juga menyediakan makanan goreng panas untuk pengunjung.
Lokasi Book & Bike Cafe ini terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Operasi bermula jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam setiap hari.
(Sumber : https://www.facebook.com/bookandbikecafe/)
RESTORAN MUTIARA SEAFOOD, SUNGAI BESAR
Restoran Mutiara Seafood ini terletak kira-kira 2km dari Pekan Sungai Besar. Kawasan yang strategik iaitu berhampiran dengan jalan utama Lebuhraya Klang-Teluk Intan. Beroperasi pada sebelah malam dan mempunyai pelbagai hidangan makanan laut seperti Ikan Siakap Tiga Rasa dan Kerabu Mangga menjadi makanan yang sering diminta oleh pelanggan.
Struktur bangunannya yang menarik, tempat duduk yang luas dan selesa membuatkan ramai pengunjung teruja untuk menikmati hidangan yang disajikan.
PETA LOKASI
Warung Cendol Atok ini terletak kira-kira dalam 500 meter dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Warong ini terletak berhampiran dengan jalan utama Lebuhraya Klang-Teluk Intan dan terkenal dengan aneka jenis cendol yang disaji untuk peminat tegar yang menggemari cendol. Di sini juga ada menyediakan makanan melayu seperti Mee Udang, Laksa dan lain-lain serta makanan barat seperti Chicken Chop, Spagetti dan lain-lain.
Warong Cendol Atok beroperasi setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 petang. Antara cendol yang paling digemari dan sering menjadi pilihan pelanggan adalah Cendol Durian.
(Sumber : https://www.instagram.com/explore/locations/997413586/cendol-atok-sungai-besar/?hl=ms)