bazaar online

Selera Bazaar Ramadhan yang boleh "COD" sekitar Sungai Besar dan kawasan berhampiran. Pelbagai juadah yang disediakan yang tentunya sedap, enak, lazat dan macam-macam lagi lah ðŸ˜€ Like Page ye

(Sumber : FB Page Bazaar On-Line Sungai Besar)

basuh sayor

Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini sudah semestinya menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sudah tentu, ada dalam kalangan kita tertanya-tanya sama ada virus ini boleh dijangkiti melalui makanan ataupun tidak?
 

Untuk pengetahuan semua, tiada bukti yang menyatakan bahawa virus COVID-19 boleh menjangkiti manusia melalui makanan. Sebagai pengguna, tidak perlu untuk kita menekan butang panik sehingga perlu membasuh sayuran dan buah-buahan yang dibeli menggunakan sabun.

Sudah memadai sayuran dan buah-buahan yang dibeli dibasuh menggunakan air bersih yang mengalir dan digosok dengan rapi untuk membersihkannya.

Diingatkan, penggunaan bahan seperti sabun boleh mengakibatkan makanan tersebut tercemar dan akhirnya mendatangkan penyakit lain seperti muntah dan cirit-birit.

#StaySafe

#StayAtHome

#COVID19

(Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia )

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WhatsApp Image 2020 02 01 at 3.46.31 PM

Kedai Kuih Akok ini terletak di Kampung Sungai Limau bersebelahan dengan jalan utama Jalan Klang-Teluk Intan. Kira-kira dalam 2.5km sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Keistimewaan kuih akok disini ialah ianya dibakar dan rasanya seperti kuih akok di Kelantan. 

 

WhatsApp Image 2020 02 01 at 3.47.05 PM

Waktu operasi kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat

91796685 3624541387572474 8211910631670939648 o

 
 

Pilih menu yang lebih sihat

Tidak berlebihan

Ikut waktu makan

Pesanlah makanan yang seimbang

Tak perlu pesan minuman.

Minum air kosong di rumah sahaja

#COVID19
#Stayathome
#Perintahkawalanpergerakan
#Perintahkawalanpemakanan
#InfopemakananKKM
#NutritionistKKM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WhatsApp Image 2019 07 10 at 2.03.33 PM

Restoran Lazat Station adalah sebuah restoran yang menghidangkan santapan menu makanan barat (western). Lokasi yang strategik iaitu tidak jauh dari Pekan Sungai dan lebih kurang dalam 1km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Keistimewaan restoran ini adalah dengan menghidangkan menu makanan barat dengan kombinasi 5 jenis sos yang menjadi tumpuan pengunjung dengan harga yang sangat berbaloi.

Keutamaan restoran ini juga adalah menyediakan makanan yang berasaskan ayam. Pengunjung yang berkunjung dapat menikmati hidangan dalam suasana yang santai. 

 

lazat station

Diantara menu hidangan makanan western yang digemari dan popular dikalangan pengunjung.

 

Waktu operasi restoran dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 12 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa. Perkhidmatan penghataran juga disediakan meliputi kawasan Sungai Besar.

(sumber : https://www.facebook.com/lazatstationsgb/)