Warung Tumboh terletak di Sungai Besar yang menyajikan menu kesukaan ramai iaitu Asam Pedas dan Singgang. Dua juadah ini antara menu yang sering dipesan oleh pelanggan yang singgah makan di Warung Tumboh. Bukan itu sahaja, Warung Tumboh juga menyajikan pelbagai lagi menu menarik lain yang menjadi kesukaan pelanggan yang singgah makan. 
 
Antara menu tersebut seperti Ikan Bakar Kam Heong, Nasi Goreng Ikan Rebus, Nasi Goreng Tumboh, Nasi Pad Krapow, Ikan Rebus Goreng dan lain-lain. Bagi yang belum berkesempatan untuk makan di Warung Tumboh, jemput singgah bermula dari 12 tengahari hingga 10 malam.
 
Alamat:
No 235, Jalan Parit Changkat Kiri, Peket 20, Sg Hj Dorani, Sungai Besar.
 
Waktu Operasi :
12 tengahari hingga 10 malam (Tutup Setiap Hari Rabu)
 
No. Dihubungi :
012-930 1802
 
 
(Sumber : Warung Tumboh)