http://tebukhjyusuf.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/2180-d-laman-choco-sungai-besar#sigFreeIde1837ea7f3
Laman Choco adalah milik seorang usahawan yang berasal dari Sungai Besar,Selangor. Laman Choco yang terletak di Jalan Parit 1 Kg Sungai Haji Dorani adalah HQ bagi pembuatan Choco Crispy’yang mempunyai ramai agent dari pelbagai negeri.
Selain daripada kilang penghasilan Choco Crispy, D’Laman Choco juga telah mengembangkan bisnesnya dengan membuka Kafe yang terletak di lokasi yang sama. Menariknya kafe ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Laksa,Bakso,Keropok Lekor,Pizza Homemade,Waffle pelbagai topping,Kopi,Custom Choco Jar dan banyak lagi. Kafe ini juga mempunyai laluan “Drive-Thru”. Selain itu, D’Laman Choco juga menawarkan sewaan Skuter untuk rondaan kampung dan menghayati keindahan panorama di sawah padi. Akan datang, D’Laman Choco juga bakal membuka beberapa unit Homestay juga di lokasi yang sama.
Alamat Premis :
No.6, Jalan Parit 1, Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi :
9 pagi – 7 Petang (Rabu-cuti)
No Tel :
011-24400097 (En Farhan)
(Sumber : https://central.menarikdi.com/2022/08/19/menarikdisabakbernam-dlaman-choco/)