kawasan zon merah selangor 21

Pertambahan kes baru telah mengubah status mukim Ampang Pecah kembali ke Zon Kuning manakala mukim Hulu Kelang pula telah bebas dari kes aktif yang menjadikannya Zon Hijau.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)

ewallet

Adakah anda pengguna e-Wallet?

Ikuti tip-tip keselamatan ketika menggunakan e-Wallet khas buat para pengguna.

intipadi pkpb 20

Intipati sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 20 Mei 2020
 

 PKPB: 44 individu ditahan langgar SOP semalam, 51 individu lagi dikenakan kompaun.

 PKPB: 3,212 kenderaan cuba merentas negeri pulang ke kampung di arah berpatah balik.

 PDRM lakukan 77,537 pemeriksaan semalam, bagi memantau pematuhan SOP PKPB.

 MKN putuskan kenakan caj 50 peratus kepada semua individu dikuarantin di hotel bermula 1 Jun.

 Aktiviti penggambaran sepanjang tempoh PKPB dibenarkan dilakukan selepas perayaan Aidilfitri.

 Kerajaan belum membuat keputusan berhubung kebenaran menunaikan haji tahun ini.

(Sumber : BERNAMA)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
(

sop pengusaha

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai garis panduan untuk pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan sektor peruncitan yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lapor BH Online.

SOP terbabit melibatkan 6 perkara iaitu;

1) Amalan penjarakan sosial sepanjang masa

2) mengehadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa

3) memastikan semua kakitangan, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum memasuki premis.

4) Menyediakan cecair nyahkuman di pintu masuk

5) mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh pekerja ketika berurusan

6) menjalankan proses nyahkuman serta pembersihan premis sepanjang tempoh beroperasi

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata SOP yang menggariskan enam perkara itu membabitkan kompleks beli-belah, pasar raya atau pasar raya besar, butik atau kedai pakaian, kedai serbaneka dan pasar mini serta pelbagai peruncitan lain.

(Sumber : bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690773/pkpb-sop-6-perkara-bagi-perniagaan-peruncitan-dibenarkan-beroperasi)