185 berita palsu

 

Berita palsu jejas produktiviti

Pandemik COVID-19, yang masih menghantui masyarakat dunia, menyebabkan langkah-langkah drastik sedang dilaksanakan untuk menangani ancaman penyakit ini. Kita berperang untuk menghentikan penyakit yang berbahaya kepada kesihatan awam dan menjejaskan ekonomi serta semua aspek kehidupan.

Ketika pihak berkuasa terutama frontliners bertungkus lumus mencegah dan menangani kes-kes pandemik ini, wujud pula wabak berita palsu. Hampir setiap minit kita menerima terlalu banyak maklumat berkaitan dengan COVID-19 namun, tidak pasti kebenaran dan kesahihan berita atau maklumat berkenaan.

Kita juga menerima limpahan maklumat sehingga tidak dapat membezakan fakta atau auta mengenai COVID-19. Sehinggakan kita tidak lagi menganggap maklumat yang diterima melalui WhatsApp dan media sosial yang lain sebagai penting.

Sebenarnya banyak maklumat berupa ingatan atau arahan yang benar dan sahih berkaitan COVID-19 disalurkan melalui media sosial terutamanya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kerajaan mengarahkan kita agar duduk di rumah untuk mencegah virus COVID-19 daripada terus merebak. Kita dapat membantu menjayakan misi untuk mengekang pandemik ini hanya dengan duduk di rumah.

Pautan penuh - https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842586

#BeritaPalsu
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi

Sumber: BERNAMA

185 rentas

Pandemik #COVID19 telah mengubah kehidupan kita termasuk tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri

Tahun ini, hanya mereka yang telah mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) boleh rentas negeri untuk balik kampung.

Patuhi SOP ditetapkan untuk keselamatan dan kesihatan

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

185 astro

Tentukan kesahihan sesuatu maklumat sebelum sebar.

Jadilah pengguna yang bertanggungjawab.⁠

#klikdenganbijak
#malaysiaictvolunteer
#BeritaPalsu
#MCMC
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi

Sumber:Klik Dengan Bijak

185 merentas negeri

Kepada mereka yang merancang untuk 'curi-curi' melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM (rujuk infografik).

Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga.

Larangan merentas negeri ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua.

Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima.

Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.

Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.

Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA