ahad industri

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (World Telecommunications and Information Society Day) atau WTISD yang disambut 17 Mei setiap tahun, bertemakan Connect 2030: ICT for Sustainable Development Goals pada tahun ini, memberi fokus kepada kemajuan dan kemunculan trend baharu ICT sebagai pemangkin pembangunan pintar dan mampan selain memelihara ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Komitmen pihak Kerajaan untuk memastikan kesalinghubungan dalam negara turut dizahirkan melalui laporan prestasi industri Komunikasi dan Multimedia (C&M) yang dikeluarkan saban tahun. Sepanjang tahun 2019, industri C&M di Malaysia mencatatkan prestasi yang baik dengan nilai permodalan pasaran (market capitalisation) keseluruhan mencecah RM144.01 bilion melibatkan sumbangan sektor perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier.

MCMC amat komited untuk memastikan masyarakat di negara ini terus terhubung dan berupaya untuk memperoleh faedah daripada kesalinghubungan yang berkualiti tinggi dengan menaik taraf rangkaian mudah alih dan gentian optik bagi meningkatkan kapasiti serta kualiti rangkaian sekaligus membolehkan sektor telekomunikasi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

#KKMM
#MCMC
#MYWTISD20
#WTISD

Sumber:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia