kawasan zon merah selangor 20

2 mukim telah bersih daripada kes aktif iaitu mukim Hulu Bernam dan Hulu Yam. Kini jumlah mukim berstatus Zon Hijau telah menjadi sebanyak 32.

Daerah Petaling pula telah bertambah baik kepada Zon Kuning.

Kini Selangor telah bebas daripada daerah Zon Merah. Tahniah semua warga Selangor yang berdisiplin!

Warga Selangor dilarang merentas negeri untuk beraya di kampung. Beraya di rumah sendiri lebih selamat bagi orang tua serta komuniti anda. Gunakan teknologi yang ada untuk berhubung ketika raya nanti. Manfaatkan teknologi untuk eratkan silaturrahim keluarga.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid-19)

saifuddin abdullah

Guna internet secara bijak, elak daripada menjadi mangsa penipuan. - YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia

#COVID19
#EtikaMediaSosial
#JAPEN
#MCMC
#PenipuanDalamTalian

(Sumber: BERNAMA)

solat jumaat

Islam mengatur seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara dengan tujuan mencapai kemaslahatan masyarakat manusia (total well-being of humanity). Setiap keputusan adalah berlandaskan neraca Al-Quran dan Sunnah serta metodologi yang muktabar bagi mencapai tujuan-tujuan syariat (Maqasid Syariah).

Setelah diperkenan Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, solat Jumaat boleh dilaksanakan di masjid-masjid terpilih.‬‬‬‬

Make it as a routine, this is New Normal.

Make it as a routine, this is the New Normal.

Baca infografik bagi maklumat lebih lanjut.

#SelangorGempurCovid19‬‬‬‬
#STFC‬‬‬‬
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)

gunting rambut

Kerajaan masih belum membenarkan perkhidmatan gunting rambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diputuskan walaupun sektor perkhidmatan itu ada membuat permohonan kelonggaran untuk kembali beroperasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan beliau ada menerima permohonan daripada persatuan dan pengusaha perkhidmatan gunting rambut yang turut menyatakan komitmen akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, setakat ini mesyuarat khas menteri belum membincangkan perkara itu dan kekal dengan keputusan sebelum ini masih tidak membenarkan ia beroperasi.

(Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690636/khidmat-gunting-rambut-masih-tidak-dibenarkan?fbclid=IwAR1R0z9Jr2QolR-rseaZEDJjZRIr08ziiXU5gbfGpiDkWmZ0omIuVG0KlT8)

kawasan zon merah selangor 19

Hari ini pertambahan kes baru telah mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor telah kembali ke Zon Kuning semula. Sebanyak 4 mukim dalam Kuala Selangor telah mempunyai kes aktif semula iaitu Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan.

Kami telah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga. Sekiranya terjadi jangkitan atau 'outbreak' baru, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)