kawasan zon merah selangor 20

2 mukim telah bersih daripada kes aktif iaitu mukim Hulu Bernam dan Hulu Yam. Kini jumlah mukim berstatus Zon Hijau telah menjadi sebanyak 32.

Daerah Petaling pula telah bertambah baik kepada Zon Kuning.

Kini Selangor telah bebas daripada daerah Zon Merah. Tahniah semua warga Selangor yang berdisiplin!

Warga Selangor dilarang merentas negeri untuk beraya di kampung. Beraya di rumah sendiri lebih selamat bagi orang tua serta komuniti anda. Gunakan teknologi yang ada untuk berhubung ketika raya nanti. Manfaatkan teknologi untuk eratkan silaturrahim keluarga.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid-19)