kawasan zon merah selangor 19

Hari ini pertambahan kes baru telah mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor telah kembali ke Zon Kuning semula. Sebanyak 4 mukim dalam Kuala Selangor telah mempunyai kes aktif semula iaitu Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan.

Kami telah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga. Sekiranya terjadi jangkitan atau 'outbreak' baru, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik.

Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.

#SelangorGempurCovid19
#STFC
#COVID19

(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)