khamis ketirisan data

Tip CyberSAFE: Ketirisan Data | CyberSAFE Tips: Data Leakage

Ambil langkah berikut untuk elak dari berlakunya ketirisan data.

rabu lhdn

KUALA LUMPUR, 13 Mei  -- Tarikh akhir permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) adalah pada Jumaat ini, menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini.

Justeru, LHDN menyeru Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.

“ Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di portal GKP yang disediakan oleh LHDN iaitu https://gkp.hasil.gov.my/. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

"LHDN akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan depan," demikian menurut kenyataan itu.

LHDN turut memaklumkan bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka dibuat pada hujung bulan depan.

"PKS mikro boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) GKP yang dimuat naik pada portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.

Sumber:BERNAMA

rabu jgn bawak anak

KUALA LUMPUR: Tiga golongan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu kanak-kanak, warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik.

Justeru, orang ramai diminta tidak membawa ahli keluarga mereka daripada golongan itu terutama anak-anak yang berusia kurang 12 tahun ke tempat awam seperti pasar raya atau pusat beli-belah.

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata golongan berkenaan termasuk dalam kumpulan yang mudah dijangkiti wabak itu.

"Sebab itu kita masih menetapkan, kalau boleh ibu bapa tolonglah kalau tanpa keperluan, tak perlu bawa kanak-kanak keluar. Kalau keperluan nak ke klinik atau hospital untuk rawatan bolehlah.

"Kalau bersiar-siar jangan alpa. Tolong ya. COVID-19 tidak pernah kenal mangsa. Kecil, tua, muda, dewasa dan kanak-kanak terutama bawah umur mereka mudah dijangkiti virus ini," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), hari ini.

Sumber:BH Online

Beliau mengulas sikap masyarakat yang mulai mengambil ringan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejak PKPB dilaksanakan, orang ramai dilihat mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan mengabaikan SOP ditetapkan.

"Rakyat sebagai orang yang kita (kerajaan) lindungi, perlu melindungi diri sendiri juga. Peranan rakyat sekarang kita anggap petugas barisan hadapan. Jangan lalai dalam melindungi diri dan ahli keluarga daripada wabak berkenaan," katanya.

Sementara itu beliau berkata, kadar penurunan kes jangkitan COVID-19 disamping jumlah kes discaj bertambah menunjukkan tahap keberkesanan rawatan dijalankan kementerian meningkat.

Katanya, langkah kawalan bagi memutuskan rantaian jangkitan dengan mengasingkan pesakit positif, melaksanakan proses kuarantin terhadap mereka yang bergejala dan tidak mempunyai simptom, berkesan untuk mengurangkan kes jangkitan.

"Sebab itu kita mahu rakyat terus mematuhi SOP ditetapkan, melakukan penjarakan sosial dan mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan air serta sabun atau cecair nyah kuman," katanya.

rabu japen

Kementerian Kewangan melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 31 Mei ini selepas kerajaan mengambil kira aduan orang ramai yang gagal memohon atas pelbagai sebab.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan antara sebab permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap atau pemohon bagi kategori bujang sebenarnya sudah terima bantuan di bawah kategori untuk pelajar.

Pemohon yang tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membuat rayuan mulai 11 Mei ini, selain membuat permohonan secara e-mel.

“Mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan,” TS Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia

#Covid19
#PrihatinNasional
#TerimaKasihPM
#PKPB

Sumber:Jabatan Penerangan Negeri Selangor