jawatan kosong

jawatan kosong sebagai pemandu van skynet.

skop kerja delivery & pickup parcel area sekinchan

* jujur
* amanah
* rajin

yang paling penting lesen GDL

sesiapa yang berminat untuk menceburi dalam bidang courier atau sudah berpengalaman boleh call / whatsapp pada no dibawah .

atau boleh pergi terus ke cawangan skynet di kuala selangor

(Sumber : Skynet Kuala Selangor)

 

gunting

Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut dibuka buat masa ini walaupun terdapat gesaan daripada ramai pihak.

Terdapat beberapa laporan di Jepun dan Amerika Syarikat berkaitan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan penggunting rambut dan pelanggan.
KKM masih memantau perkara ini dengan teliti sebelum dapat membenarkannya secara berperingkat.

-Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

#COVID19
#BreakTheChain
#KitaMestiMenang

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

zakat

Sejarah buat diri kita dan keluarga. Dapat berjemaah terawih bersama-sama di rumah. Tadarus bersama-sama. Santuni anak-anak sepanjang masa. Kekadang terlupa ‘belanja jiwa’ mereka selama kita sibuk bekerja.

Ya Allah, sayunya hati ini atas nikmat yang diberikan. Sesungguhnya, musim COVID-19 ini memberi pengajaran yang mendalam dan teladan yang membina.

TUNAIKAN ZAKAT ANDA SECARA ONLINE melalui GoPayz! Ini adalah salah satu langkah mudah dan selamat untuk membayar Zakat.

#Covid19BantuKamiBantuAsnaf
#semarakramadan
#dudukrumah

(Sumber : Lembaga Zakat Selangor)

router

Tahukah Anda?

Untuk meminimumkan gangguan sambungan WiFi, anda boleh cuba letakkan ‘router’ di tengah-tengah rumah, di kawasan tanpa dinding, objek logam atau peralatan tanpa wayar lain atau di tempat tinggi seperti di atas rak.

#CFMmalaysia
#AmalkanKawalanKendiri
#GetSmarterWithConsumerinfo
#MCMC
#TipsInternet

(Sumber : Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia)

mytrace

MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

#MyTrace
#Covid19
#SelfRegulation
#JabatanPeneranganSelangor

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)