MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.
#MyTrace
#Covid19
#SelfRegulation
#JabatanPeneranganSelangor
(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)
Gunakan aplikasi "Check Your Label" untuk memastikan kesahihan label MCMC
Semak maklumat peralatan komunikasi anda dengan memuat turun aplikasi Check Your Label di Apple App Store atau GooglePlay Store.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang cyl.mcmc.gov.my
#CheckJanganTakCheck
#CheckYourLabel
#MCMC
(Sumber : MCMC)
Perhatian kepada semua pelanggan PASARAYA SRI KASSIM..Bagi memastikan keselamatan, anda diminta untuk mengimbas QR code dibawah sebelum memasuki premis.
Muat turun aplikasi "Google Lens" di Play Store dan imbas QR Code yang tertera di pintu masuk PASARAYA SRI KASSIM..
ATAU
Daftar dan tulis nama secara manual di pintu masuk PASARAYA SRI KASSIM
Kerjasama anda amat dihargai 🤗
"LANGKAH MASUK DENGAN SELAMAT"
(Sumber : Pasaraya Sri Kassim)
Bertimbang rasa kepada penumpang lain dan amalkan etika bersin.
Jika anda perlu batuk atau bersin, pastikan ia dilakukan ke arah siku yang dibengkokkan.
Jangan guna telapak tangan untuk tutup mulut ketika batuk atau bersin.
Dalam keadaan inilah pentingnya kita memakai pelitup separuh muka ketika berada di tempat awam
(Sumber : KKM)
"Tak mengira masa dan di mana saja anda berada, boleh terus berhubung dengan Air Selangor"
Air Selangor sentiasa memudahkan kehidupan harian anda. Sekarang semuanya dihujung jari kalau anda hendak semak bil, bayar bil, buat aduan dan pertanyaan, serta maklumat terkini bekalan air anda.
___
"Regardless of when and where you are, you can always stay in touch with Air Selangor"
At Air Selangor, we strive to make life easier for our customers. From checking and making payments on your water bills, managing complaints, responding to queries, and accessibility to latest water supply updates - it is all now at the touch of your fingertips.
(Sumber : Air Selangor)