pkpbd selangor

Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan pertemuan sebelum dan selepas pengumuman PKPB oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei yang lepas. Pengisian pertemuan dan mesyuarat terbabit yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara Selangor, Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Datuk Bandar, YDP Majlis dan Pihak Berkuasa Tempatan menumpu kepada usaha menyediakan garis panduan bagi negeri Selangor terutamanya persediaan pembukaan sektor ekonomi.

Justeru dapatan dari kesemua sesi rundingcara tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melaksanakan PKPB dengan pertambahan perincian berikut:

1. Restoran, para penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020 terhad kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Manakala peniaga tiada berpremis termasuk penjaja tepi jalan dan trak saji (food truck) hanya dibenarkan untuk beroperasi selepas 12 Mei 2020 bagi memastikan pihak PBT dan peniaga mempunyai cukup masa untuk mengatur persediaan untuk penjarakan sosial dan โ€˜contact tracingโ€™. Namun, pasar malam, pasar pagi, jualan karnival, bazar Ramadan dan Aidilfitiri tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

2. Industri pembinaan dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tetapi syarikat harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19 untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing terlebih dahulu.

3. Bagi sektor sosial, orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti dengan mengamalkan penjarakan sosial. Kegiatan di taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibenarkan. Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung / tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup. Aktiviti hiking seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan. PBT akan mengeluarkan notis susulan senarai taman awam yang dilarang buat orang awam sewaktu PKPB ini.

Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini. Manakala bagi butiran lain adalah berdasarkan ketetapan dan garis panduan MKN yang telah dikeluarkan terdahulu.

Semua sektor adalah ditegaskan untuk melaksanakan amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti pemakaian topeng muka, amalan pencucian tangan yang kerap dan mengelakkan dari menyentuh muka.

Kerajaan Negeri turut memperkenalkan suatu system pengesanan kontak (contact tracing) yang komprehensif bagi melengkapi usaha-usaha KKM dan akan diperkenalkan esok.

Kerajaan Negeri menyedari tanggungjawab untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Justeru, langkah bertahap yang dilaksanakan amat perlu sebagai sebahagian dari pendekatan โ€œsoft landingโ€ supaya kesan wabak Covid-19 ini dapat ditampan dengan lebih baik.

#Covid19
#SelangorGempurCovid19
#KitaMestiMenang

(Sumber : SUK Selangor)

analisis kualiti udara

Analisis perbandingan terhadap Indeks Pencemar Udara (IPU) dan gas pencemar sebelum dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac hingga berakhirnya Fasa 3 PKP iaitu pada 28 April 2020.

Lihat infografik untuk maklumat lanjut.

#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#statuskualitiudara
#perintahkawalanpergerakan

 (Sumber : Jabatan Alam Sekitar)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sop

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia akan kembali semula bertugas di pejabat (bergantung sektor yang dibenarkan), majikan perlu memastikan adanya waktu kerja anjal agar dapat dielakkan jumlah pekerja yang ramai dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, saranan penjarakan sosial (1 meter dari orang lain) dan penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan air dan sabun secara kerap masih perlu diamalkan.

Apa lagi yang boleh dan yang tak boleh? Rujuk infografik bagi mendapatkan butiran lain.

#covid19malaysia
#dudukdirumah
#breakthechain
#kitamestimenang

(Sumber : KKM)

waktu bkerja anjal

Kerajaan mencadangkan majikan melaksanakan ๐ฐ๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐›๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ฅ. Tidak semua masuk bekerja pada waktu yang sama bagi mengelakkan pekerja masuk pada waktu yang sama selain mempraktikkan sistem bekerja dari rumah.

#Covid19
#KitaJagaKita
#StaySafe

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

pkpb

Salah satu sebab kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin, 4 Mei ini kerana mahu menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Dianggarkan RM2.4 bilion kerugian sehari di Malaysia sejak PKP pertama dikuatkuasakan (18 Mac) dan kerugian sehingga kini dianggarkan sekitar RM63 bilion.

Jika PKP diteruskan dalam tempoh sebulan lagi, Malaysia dijangka kerugian RM35 bilion dan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Ini sudah tentu memberi kesan sangat besar kepada kesejahteraan rakyat kerana pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama.

Dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID-19, maka kerajaan perlu bersetuju untuk melaksanakan PKPB tetapi secara berhati-hati dan terkawal.

Sektor yang dibenarkan beroperasi telah diperhalusi dan mereka perlu bertanggungjawab untuk mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan KKM.

Kejayaan proses pemulihan ini banyak bergantung kepada diri kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri untuk mematuhi semua langkah-langkah pencegahan dan telah membiasakan diri dengan norma-norma baharu dan menjadikannnya sebagai gaya hidup seharian.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membebaskan negara daripada virus ini dan masa yang sama memastikan ekonomi terus kukuh.

Peranan anda yang mula bekerja Isnin ini adalah mematuhi semua SOP di tempat kerja. Bagi anda yang tidak terlibat pula, duduklah di rumah saja.
Jangan ke sana ke sini. Memutuskan rantaian COVID-19 kini ditangan kita. Laksanakan tanggungjawab kita. Patuhi PKP, jangan ingkar.

(Sumber : KKM)