SELangor

TERKINI PEMAKLUMAN BERKENAAN PENDAFTARAN SISTEM SELANGKAH DI KAUNTER JABATAN PENILAIAN, MDSB BERMULA 7 MEI 2020

Dimaklumkan kepada semua penjaja/penyewa gerai/kedai MDSB, anda dikehendaki melaksanakan penggunaan sistem SELangkah melalui imbasan kod QR di laman sesawang www.selangkah.my.

Anda perlu memuat turun dahulu "foogle lens" melalui "play store" pada talian bimbit anda untuk melakukan pendaftaran imbasan kod QR yang penting untuk merekod pelanggan yang hadir termasuk kakitangan dan petugas gerai.

Norma baru ini perlu dipatuhi demi mengesan punca kontak jika didapati ada dalam kalangan pelanggan atau pekerja telah dijangkiti covid19.

Untuk tujuan ini, yang kurang faham dan mahir, anda boleh berurusan di kaunter SELangkah MDSB yang akan dibuka di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MDSB bermula 7 Mei 2020, Jumaat ini.

Sebarang pertanyaan boleh hantarkan pesanan (messenger) pada Facebook rasmi MDSB, www.facebook.com/MajlisDaerahSabakBernam.

Sekian, harap maklum.

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)