sop pengusaha

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai garis panduan untuk pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan sektor peruncitan yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lapor BH Online.

SOP terbabit melibatkan 6 perkara iaitu;

1) Amalan penjarakan sosial sepanjang masa

2) mengehadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa

3) memastikan semua kakitangan, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum memasuki premis.

4) Menyediakan cecair nyahkuman di pintu masuk

5) mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh pekerja ketika berurusan

6) menjalankan proses nyahkuman serta pembersihan premis sepanjang tempoh beroperasi

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata SOP yang menggariskan enam perkara itu membabitkan kompleks beli-belah, pasar raya atau pasar raya besar, butik atau kedai pakaian, kedai serbaneka dan pasar mini serta pelbagai peruncitan lain.

(Sumber : bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690773/pkpb-sop-6-perkara-bagi-perniagaan-peruncitan-dibenarkan-beroperasi)