TF Value Mart Sdn Bhd cawangan Sungai Besar ini ditubuhkan pada 15 Januari 2015. Merupakan sebuah pasaraya dan mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia. Menjual pelbagai barangan keperluan dan menjadi tempat kegemaran untuk membeli belah kerana kawasan yang besar dan semuanya ada maka pengunjung hanya membeli belah di satu tempat sahaja. Pasaraya ini juga sering membuat promosi harga murah dan berpatutan.  

 

Lokasi GPS:

Latitude (E) : 100.9942528

Longtitude (N) : 3.6634624

 

Alamat:

Lot 433, Jalan Sungai Limau Lama, Taman Purnama 2, 45400 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi :

9am - 9 pm (Setiap Hari)

 

(Sumber : TF Value-Mart Sg.Besar )

Merupakan salah satu kedai pakaian yang sering dikunjungi oleh para pelanggan yang meminati fashion pakaian muslimah mengikut trend masa kini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik. Sesuai untuk pilihan keluarga ketika di musim perayaan dan majlis-majlis keramaian. Lokasi yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Besar seiring dengan kedai-kedai jualan yang lain. 

 

Lokasi GPS:

Latitude (E) : 100.987514

Longitude (N) : 3.674168

 

Alamat :

Jalan SSBC 5, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi :

10.00 am - 9.30 pm (Setiap Hari)

 

(Sumber : https://www.facebook.com/KEDAI-Pakaian-PK-PARI-Sungai-Besar)

WhatsApp Image 2019 07 10 at 2.02.57 PM 1

Pasaraya Ekonomi Yang Yang Wholesale And Retail Sdn Bhd merupakan salah satu tempat kunjungan membeli belah yang terletak di Pekan Sungai Besar. Menjual pelbagai jenis pakaian untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Tempat ini juga menjadi tarikan pengunjung di dalam dan juga diluar Selangor kerana harga jualan yang sangat berpatutan dan kualiti kain yang bagus. Pengunjung luar yang datang ke Sungai Besar semestinya singgah disini untuk membeli belah.

 

Lokasi GPS:

Latitude (E) : 100° 59' 11.3856

Longitude (N) : 3° 40' 22.1484

 

Alamat :

Pasaraya Ekonomi Yang Yang
45300 Sungai Besar,
Selangor, Malaysia

 

(sumber : https://www.facebook.com/pages/category/Clothing--Brand-/Pasaraya-YANG-YANG)

 

iPiccy collage

Kelab ini telah dilancarkan pada 11 November 2018 dengan menambah KOSPEN Corner di Studio Agilis bagi memberikan perkhidmatan kesihatan awam dalam meningkatkan mutu kesihatan. Studio ini menyediakan ruang untuk muslimah beriadah, aerobik, zumba & gymnasium secara tertutup. dan berdaftar dgn Suruhanjaya Sukan Malaysia dan KBS. Amat sesuai bagi kaum wanita yang ingin bersenam secara tertutup. Kelab ini juga memberikan perkhidmatan mengadakan senamrobik untuk program-program kesihatan.

 

Lokasi GPS :

Latitude (E) : 100.991780

Longitude (N) : 3.668863

 

Alamat :

Taman Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No. Telefon:

012-208 7561

 

(sumber: https://www.facebook.com/agilisfitnessclub/ )

 

1908204 1071893442825726 2678704340090906783 n

Grand Court Inn Hotel merupakan tempat penginapan berbajet yang terletak tidak jauh dari Pekan Sungai Besar dan jarak hanya 0.9 kilometer sahaja dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Lokasi hotel ini juga strategik iaitu berdekatan dengan kedai runcit, restoran makanan dan juga dobi. Amat sesuai bagi pengunjung yang inginkan penginapan yang berbajet dan juga selesa.

 

Lokasi GPS :

Latitude (E) : 100° 59' 29.3784

Longitude (N) : 3° 40' 4.2204

 

Alamat :

Hotel Grand Court Inn
No.1, Jalan 2,
Taman Berkat,
45300 Sungai Besar,
Selangor, Malaysia

 

No.Telefon :

03-32241928

(sumber : http://www.mdsb.gov.my/ms/hotel-grand-court-inn )