Di setiap sesebuah Pekan seharusnya ada pasar malam. Sungai Besar juga tidak terkecuali. Antara tarikan utama ramainya yang berkunjung ke pasar malam ialah kerana adanya pelbagai jenis makanan yang dijual oleh peniaga-peniaga dan juga pelbagai barangan keperluan. Dibuka pada setiap hari Selasa pada sebelah petang sehingga malam dan pada hari Rabu pada sebelah pagi. 

 

Alamat :

Jalan Stadium Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

Waktu Operasi :

Selasa (3.00pm - 9.00pm)

Rabu (8.00am-11-00pam)

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)

Gelanggang badminton berkualiti untuk komuniti Daerah Sabak Bernam dan sekitarnya. Terletak lebih kurang 2.5km daripada Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Suasana di dalam dewan ini luas dan mempunyai beberapa court badminton yang disediakan. Pelanggan digalakkan membuat tempahan slot terlebih dahulu untuk mengurangkan kesesakkan di dalam dewan. Kemudahan sewaan raket badminton dan juga kedai mini snacks juga disediakan.

 

Alamat :

Lot 809, Jln Lembaga Padi Negara, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor

 

No. Telefon :

019-230 0100

 

Email :

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

(Sumber : SBBC ARENA)

129329744 3664019477015351 3477249991237829462 n

PEMBUKAAN SEMULA KEMUDAHAN AWAM, MDSB UNTUK TEMPAHAN - Bermula 7 Disember 2020

- STADIUM SUNGAI BESAR DAN STADIUM SABAK (Riadah & rekreasi)

- DEWAN ORANG RAMAI (Ceramah/ Taklimat) Majlis perkahwinan TIDAK dibenarkan

- Gelanggang futsal dan badminton

 

(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam )

Dinamakan Omah Liren kerana dalam bahasa Jawa bermaksud rumah rehat. Rumah ini menggunakan sebahagian kayu daripada rumah lama asal yang telah dirobohkan. Rumah asal dibina pada tahun 1971 oleh tuan rumah Haji Sanusi bin Wardi. Pada tahun 1984 tapak rumah berkenaan telah beli oleh pemaju untuk dijadikan kawasan perumahan. Oleh kerana itu  rumah ini di pindahkan ke tapak baru di Parit Satu Timur ( Parit Cabang.) Pada tahun 2013 rumah ini di robohkan dan sebahagian daripada kayu yang masih elok digunakan untuk membuat tiang dan lantai tingkat bawah Omah Liren. 
 
Lokasi terletak lebih kurang 4km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Rumah rehat berkonsepkan landscape seperti Bali yang dikelilingi dengan tumbuhan dan poko yang hijau akan membuahkan rasa sejuk mata memandang. Menjadi pilihan untuk pelanggan yang ingin merasai penginapan ala Bali. Kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, kolam renang, dapur, pondok bbq, warung makan (Omah Madang) dan sebagainya.
 
Alamat :
Omah Liren, Jalan Tengah LPN Dua,
Jalan Lembaga Padi Negara,
45300, Sungai Besar,
Selangor
 
No.Telefon:
012-2064505